Jaringan Mahasiswa Islam Se-Malaysia

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

JAMIS UPM

 


Selamat datang ke laman web JAMIS UPM
Laman yang membongkar rahsia dunia mahasiswa

          Kembali ke Halaman Utama JAMIS UPM > Artikel Anda

 

Friday, November 17, 2006

Sebaran am di UPM; mahasiswa usah terpedaya.

Saya selaku mahasiswa yang kini sudah dua tahun menuntut di UPM sedar akan kejadian sebaran am, samada ia berbentuk perniagaan, aktiviti QKB, politik kampus, dan sebagainya.

Kini, sebaran berbentuk perjudian giat ditabur oleh pihak berkepentingan, walaupun dalam keadaan mahasiswa yang sudah ramai pulang ke kampung halaman. Pada siapakah risalah ini ditujukan?

Laporan Mata-mata Jamis upm yang menunjukkan sebuah risalah yang membantu seseorang untuk menang nombor ekor. Gejala ini telah mendorong seorang lelaki melayu untuk membangunkan tokong sami yang membantunya. MasyaAllah, sungguh memalukan.

Risalah ini kian mengancam umat Islam di UPM. Pihak pentadbiran seharusnya pantau kes ini.

Kiriman,
Kayu Sugi (Halalan Toyyiban).
Kolej Keenam, UPM.

Thursday, November 02, 2006

Cuci otak; Aurat di kalangan siswa dan siswi

Aurat, penulis tidak mahu memaknakannya secara teliti kerana pembaca di halaman ini sudah tentu memahami akan maksud aurat atau bab-bab yang berkaitan dengan aurat.(sama ada aurat lelaki atau perempuan).Artikel ini hanya akan berkisar kepada pakaian siswi menara gading.(khususnya siswi Islam). Bagaimanakah siswi di upm berpakaian adakah mengikut landas-landas AlQuran atau bagaimana? Bagaimana pula persepsi warga upm mengenai pakaian siswi? Adakah tepat,dangkal atau perpsepsinya berkisar kepada lunas-lunas Al-Quran.

Penulis tidak mengetahui sama ada gerakan dakwah di menara gading berjaya dalam memyampaikan landasan berpakaian mengikut landasan alQuran di kalangan siswinya. Penulis dan mungkin di kalangan pelayar halaman ini bersetuju bahawa musuh-musun Islam berjaya memutarbelitkan akan persepsi berpakaian menutup aurat di kalangan siswi dan golongan perempuan muslim umumnya.

Secara amnya pakaian artis perempuan Islam agak sinonim dengan pakaian cara barat.(musuh Islam) Namun tiada tindakan yang wajar diamnbil oleh para mahasiswa Islam agar artis Islam di negara ini belajar cara-cara berpakaian yang sesuai.

Penulis berharap editor jamis dapat menghantar gambar-gambar contoh beberapa contoh pakaian yang dipakai oleh siswi UPM.



Kiriman;
FADLI KAMAL JAMALI

intanfadli2020@yahoo.com

Thursday, October 19, 2006

Islam pertahan kontrak sosial


Memang tidak dinafikan dalam realiti dunia tanpa sempadan kini dengan kecanggihan teknologi komunikasi seperti Internet, masyarakat digalakkan untuk berfikiran terbuka dan bersikap kritis. Namun, keterbukaan tidak bermakna masyarakat berhak berbuat sesuka hati hingga melampaui batas-batas etika tanpa mengira kesannya terhadap kerukunan hidup bermasyarakat.

Dalam konteks inilah sejarah menjadi asas terpenting untuk ditelaah kembali oleh generasi pelanjut perjuangan agar lebih menghargai suasana keharmonian kaum yang wujud, sekali gus memaksa semua pihak bertolak ansur dan bersikap berlapang dada antara satu sama lain.
Apa yang lebih membimbangkan sudah ada kecenderungan di kalangan generasi muda negara yang mula mempertikaikan kontrak sosial yang selama ini menjadi teras perpaduan dan persefahaman di antara kaum. Ini termasuklah keberanian mempertikaikan keistimewaan orang Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.


Lebih mendukacitakan apabila wujud kecenderungan di kalangan umat Islam sendiri yang mempersoalkan kedudukan Islam dalam perlembagaan. Ketaksuban kepada prinsip kebebasan yang dinobatkan Barat turut menyebabkan sebahagian mereka sanggup mengeluarkan pelbagai andaian liar terhadap agama sendiri.

Kegagalan memahami Islam dalam kerangkanya yang luhur turut menjebakkan mereka untuk turut mendendangkan alunan nista golongan Islamofobia yang langsung tidak menggambarkan prinsip keadilan Islam sebenar.

Persoalannya benarkah Islam agama eksklusif yang menafikan hak dan keistimewaan agama lain sebagaimana didakwa? Apakah Islam tidak meraikan kepelbagaian kaum dan agama dalam sesebuah negara? Atau adakah Islam tidak memperakui kontrak sosial yang mempertahankan hak dan kebebasan beragama?

Hakikat yang tidak boleh dinafikan, Islamlah agama terawal yang merumuskan formula kontrak sosial sebagaimana terangkum dalam Piagam Madinah. Bahkan kontrak sosial yang terbentuk melalui Piagam Madinah pada tahun 622 Masihi itu merupakan dokumen perlembagaan terawal yang menggariskan prinsip kebebasan dan jaminan hak yang sama di kalangan pelbagai kaum.

Keistimewaan
Kontrak sosial tersebut jelas memperincikan dan mempertahankan hak, keistimewaan, kebebasan dan keadilan setiap kaum di Madinah termasuklah kaum minoriti Yahudi dan bangsa Arab lain yang bukan Islam. Malah daripada 47 fasal yang terkandung dalam Piagam tersebut, 24 daripadanya adalah peruntukan hak dan kewajipan masyarakat minoriti Yahudi.


Prinsip kebebasan beragama amat dititikberatkan Rasulullah s.a.w. hingga baginda secara jelas menegah sebarang usaha merobohkan gereja dan tempat peribadatan agama lain bagi digantikan dengan pembinaan masjid. Paderi-paderi dan ketua-ketua agama lain yang tinggal di Bukit Sinai umpamanya turut diberikan perlindungan khusus oleh Rasulullah daripada sebarang ancaman musuh.

Dr. Yusuf Al-Qaradawi dalam bukunya Ghayr Al-Muslimeen fil Mujtama Al-Islami turut membahaskan hak-hak golongan minoriti bukan Islam yang wajib dipertahankan oleh kerajaan Islam. Dalam bukunya, Al-Qaradawi menukilkan bagaimana di zaman Khalifah Umar al-Khattab, rakyat di Ilya (Jerusalem) yang terdiri daripada pelbagai agama termasuklah Islam, Kristian dan Yahudi dikehendaki memeterai kontrak sosial yang menjamin kebebasan dan hak mereka sebagai warganegara.

Ini termasuklah hak untuk mengamalkan agama masing-masing tanpa penindasan dan penganiayaan. Malah penegasan turut dibuat bagi menghalang sebarang unsur-unsur paksaan terhadap penganut agama lain termasuklah yang bersangkutan dengan harta mahupun agama.

Khalid Al-Walid pula dalam memeterai kontrak sosial bersama masyarakat ‘Anat yang terdiri daripada penganut agama Kristian jelas menyebutkan: “Penganut Kristian mesti dibenarkan membunyikan loceng pada bila-bila masa sama ada siang mahupun malam kecuali ketika waktu umat Islam menunaikan sembahyang. Mereka juga mesti dibenarkan mempamerkan salib pada hari-hari perayaan.”


Begitulah hebatnya prinsip keadilan dan kebebasan yang menjadi bukti perakuan Islam terhadap pembentukan kontrak sosial di kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama. Semuanya bagi menjamin keharmonian dan kestabilan yang berkekalan khususnya dalam realiti masyarakat plural dalam sesebuah negara.

Bagi yang masih sangsi terhadap keadilan Islam, cukuplah sejarah menjadi bukti terbaik yang menunjukkan betapa Islam memperakui dan mempertahankan kontrak sosial bagi menjamin hak dan kebebasan setiap warga tidak kira agama mahupun bangsa.

Justeru dalam mencari formula terbaik untuk merangka pelan tindak pemerkasaan persefahaman dan perpaduan kaum di Malaysia hari ini, semua pihak khususnya generasi muda negara harus kembali menelusuri sejarah serta menjunjung prinsip dan nilai luhur yang terkandung di dalam ajaran Islam.

Hanya dengan memahami sejarah dan menjiwai prinsip Islam sejati generasi muda akan lebih menghargai kontrak sosial dan sensitiviti kaum yang menjadi teras pembentukan masyarakat Malaysia yang aman, makmur dan bahagia.

Kiriman;
Kareem Al-Safawi.

Thursday, October 12, 2006

Pencapaian ekonomi orang melayu asli dan tidak asli.


Sama ada asli atau tidak asli laporan pencapaian ekonomi bumiputera oleh Institut Kajian Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) baru-baru ini, namun orang muslim memang kurang bijak dalam menjana ekonomi muslim termasuklah sebahagian besar mahasiswa dan lepasan mahasiswa muslim.

Alasannya ialah;
1.mahasiswa muslim suka membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan daripada orang lain.
2.tiada semangat sayang akan kaum se-Islam dalammembantu menjana peniaga muslim.
3.tiada semangat berkorban - terikut-ikut dengan harga murah berbanding harga mahal barangan yang dijual oleh orang muslim.
4.tidak pernah berfikir wang mahasiswa muslim mengalir ke tabung siapa dan ke mana.
5-gaji bulanan dan pendapatan orang melayu dialirkan ke mana.
6.tidak yakin akan mutu dan kualiti perniagaan dan perkhidmatan kaum melayu dan muslim.

Justeru itu lakukan apa sahaja namun pencapaianekonomi muslim tetap berada di tahap yang rendah jika dibandingkan dengan orang lain, walaupun kuasabeli kaum muslim itu lebih tinggi.
Wallahualam.

Kiriman,
FADLI KAMAL JAMALI
intanfadli2020@yahoo.com

Saturday, October 07, 2006

Persatuan Pembela Mahasiswa UiTM; MPP barua universiti. So, MPP yang PMI pun barua juga?

Petikan tajuk utama di atas adalah kesedaran daripada ungkapan yang dilaungkan oleh Persatuan Pembela Mahasiswa UiTM melalui paparan Harakahdaily.net yang menyebut bahawa ahli MPP yang menang pada pilihanraya lepas adalah ‘barua’ universiti.

Baguslah. Maka kenyataan PPMUiTM itu bermaksud, ahli Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) yang menang dalam pilihanraya lalu, juga adalah ‘barua’ universiti.

Saya ingin menyingkap kenyataan penyelaras Suaram, Saudara Chang Lih Kang pada 24 November 2005 melalui
Malaysiakini.com, bahawa; MPP adalah produk gagal UPM.

Baguslah. Maka kenyataan Lih Kang itu juga bermaksud, ahli Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) yang menang dalam pilihanraya lalu, juga adalah produk gagal universiti.


Tikam punya tikam, akhirnya tertikam sekutu sendiri.

Ludah punya ludah, akhirnya terjilat ludah sendiri.




Kiriman,
Eric Ng
eric_nck@yahoo.com

Thursday, October 05, 2006

Malaysia dan Singapura

Sejarah Malaysia dan Singapura memang unik kerana Singapura asalnya setanah dengan Malaysia.Namunfaktor-faktor tertentu (lihat catatansejarah) menyebabkan ianya terpisah hingga kini.

Namun pada abad globalisasi ini,saudara Lee Kuan Yew masih lagi terbawa-bawa dengan isu-isu yang berbaur perkauman,saudara Lee Kuan Yew cuba menakut-nakutkan kaum cina di Malaysia dan Indonesia.

Singapura sebuah negara yang kecil tetapi maju,namunjika apa-apa berlaku terutama dalam situasi politikdi nusantara,pasti Singapura akan terkena biasnya.

Namun sejak merdeka,masih ramai yang tidak memahamikenapa dan mengapa penjajah British membawa pendatangcina ke Tanah Melayu dan seterusnya menjadi warganegara Malaysia.

Bahkan saudara Lee Kuan Yew telah berjaya membinasebuah negara bernama Singapura atas dasar kemolekan sejarah dan peristiwanya. (melayu singapura bagaimana?)

Secara mudah,kaum Melayu,Cina dan India dan kaum-kaumyang lain harus memahami bahawa Malaysia sebuah negarayang berpelembagaan dan demokrasi.Jika rakyat kenalerti sejarah maka tidak timbul isu seperti yangdinyatakan oleh saudara Lee Kuan Yew.

Bahkan sejak merdeka,Malaysia terus membangun danrakyatnya hidup rukun damai kerana para pemimpinnyamengerti akan sejarah dan sistem pemerintahanMalaysia.Jelasnya,sama ada kaum cina atau Melayu,kini merekamerupakan warga Malaysia dan bertanggungjawabmembangunkan Malaysia.

Encik Lee Kuan Yew tidak perlu lagi diulit mimpi dan minda lama, minda yang tidak wajar dan bertentangan dengan era golobalisasi.

Kiriman;
Fadli Kamal Jamali
<intanfadli2020@yahoo.com>

Monday, September 25, 2006

Video Hot untuk dimuat turun - Jimmy Lau.


Sila ikuti arahan untuk memuatturun (download);
1. klik kanan pada video pilihan anda;
2. pilih “save as…”, simpan dalam 'Dekstop'.

Sebarkan.


Pembongkaran MUSLIHAT GMM;

VIDEO1

VIDEO2

VIDEO3

VIDEO4

VIDEO5

VIDEO6

VIDEO7

Penangkapan GMM di UPM
pada malam penamaan calon - balai polis Sri Serdang.

VIDEO8


Kiriman;
Jimmy Lau
jimmy_laukimseng@yahoo.com

Apakah yang berlaku di UIAM?


Aspirasi kecundang di uiam, mengapakah ini berlaku,apakah warga siswa dan siswi uiam sudah muakdengan janji-janji aspirasi uiam selama ini atau ada sesuatu yang sudah mampu menarik perhatian dan pemikiran siswa siswi di uiam.

Adakah kekalahan ini boleh diandaikan sebagai uiam menolak hasrat kerajaan memerintah,berdasarkan rekodmemang ada graduan uiam yang terpilih dalam program j-qaf.

Atau diandaikan bahawa idea-idea pembangkangsudah kembali semula ke uiam.

Atau siswa dan siswi di uiam mahu mpp yang dapatmenjaga dan memelihara kebajikan mereka dan membawasuara mahasiswa yang tulen.

Andai-andai ini hanya boleh dibenarkan dalam beberapatempoh yang bakal dilalui oleh kepepimpinan baru mpp di uiam.

Daya kepimpinan mpp mampu untuk mencorak dan membentuk persepsi masyarakat umum.

Akhirnya selamat bertugas kepada mpp uiam yangbaru, dan pastikan Lee Kuan Yew tidak kurang ajar lagi kepada negara Malaysia yang kita cintai ini.

Kiriman;
FADLI KAMAL JAMALI
intanfadli2020@yahoo.com

 

 

Laman Web - JAMIS UPM dibangunkan oleh

Editor JAMIS UPM. <editor_jamisupm@yahoo.com.my>

Laman Web - Mahasiswa-UPM dibangunkan oleh

Putra Belia Bersatu UPM (PBBUPM) <mahasiswaupm@yahoo.com>